MULAI 30/1/2011 SUE-SWEETCOTTAGE TIDAK LAGI MENGGUNAKAN NO 013-4907806. HUBUNGI SUE-SWEETCOTTAGE DI TALIAN 012-3182573. HARAP MAKLUM.
BBM PIN : 75C44B48
WHATSAPP/VIBER : 012-3182573

*KALAU BOLEH, SUE MINTA KERJASAMA ANDA SUPAYA MENGGUNAKAN WHATSAPP/VIBER/EMAIL SAHAJA. BUKANNYA SMS ATAU CALL KERANA WAKTU BEKERJA, SUE TIDAK DAPAT MENJAWAB PANGGILAN ANDA. DITAMBAH LAGI SUE MENGGUNAKAN TAB 10.1 DAN AGAK SUKAR MENJAWAB PANGGILAN. HARAP ANDA FAHAM.




==================================





BARANG AKAN DIPOSKAN MENGGUNAKAN KANGAROO COURIER / POS LAJU. UNTUK POS BIASA/POS REGISTER HANYA PADA HARI SABTU SAHAJA . SUE JUGA TIDAK DAPAT POSKAN BARANG SETIAP HARI KERANA TERIKAT DENGAN KOMITMEN KERJA & FAKTOR JARAK DARI TEMPAT KERJA/RUMAH KE PEJABAT POS. HARAP ANDA FAHAM DAN TIDAK MENDESAK.

**************************************************



Kawan-kawan Sue

Blog Sue-sweetcottage juga menjual barang kraft hasil tangan Sue seperti Fabric Cupcake, Cute Pillow, Hanging Pillow, Doily, Door Gift, Cushion Cover, Dustbin Cover & Frame Ribbon dll. (BARANG AKAN DI UPLOAD DARI SEMASA KE SEMASA).
Setiap tempahan perlu disertakan dengan DEPOSIT untuk mengelakkan barang siap tapi tidak diambil oleh tuan punya (telah berlaku banyak kali).
Sue juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Sue bekerja pada hari Isnin - Jumaat (weekdays) dan hanya berkraf dan menjahit pada waktu lapang dan juga pada hari cuti sahaja. Jadi, Sue tidak dapat menyiapkan tempahan dengan kadar SEGERA.
Harap maklum.







Thursday, December 23, 2010

New Items

Chair Cover (untuk menempah, sila berikan ukuran kerusi)

Vantage Rose
1pc ~RM 25
set 4 kerusi = RM 100
set 6 kerusi = RM 150
set 8 kerusi = RM 190
(bergantung pada size & design)
harga termasuk upah jahit & kain


Close up

Cotton 100% 
1pc ~ RM20
1set/4 seater ~ RM 80
1set/6seater ~ RM 120
(boleh juga menempah warna lain; blue, red, brown, purple)
Table Cloth (beropol)
4seater ~ RM55
6seater ~ RM70
8seater ~ RM85

Runner (boleh menempah panjang runner mengikut kesesuaian )
Vantage Rose Design RM 25/pc ~ standard size 1.5m

Cupcakes Design RM 25/pc ~ standard size 1.5m
 Apple Design RM25/pc ~ standard size 1.5m














































Monday, December 20, 2010

Tempahan Frame Ribbon terbanyak !

Kali pertama Sue dapat tempahan Frame Ribbon terbanyak dari seorang customer.
Tempahan ini datangnya dari sahabat Facebook, Umee aka Nelly Noel dari Selangor. English Deco Fans di FB tentu kenal dengan Umee..Alhamdulillah, Umee telah menempah 8 pasang Ribbon dan beliau memberi kebebasan kepada Sue jahitkan apa2 saja warna, hanya Umee minta 4 pasang petak & 4 pasang polkadot.
* utk makluman, skrg trend polkadot, hot !


Pinky Red

Green

Pink

Blue

Purple Polkadot

Green Polkadot

Blue Polkadot

Pink Polkadot (hot item yang selalu menjadi pilihan)












Terimakasih Umee sudi menempah dengan kak Sue. Harap Umee berpuas hati dengan warna yang di pilih. Semoga murah rezeki Umee..Amin.

Sayang,
SUE : 013-4907806

Wednesday, December 15, 2010

Tempahan Customer

Agnes (blogger) , Sarawak
http://tanesenglishcottage.blogspot.com/
Frame Ribbon Polkadot Merah
~ utk makluman, semua items tempahan Agnes menggunakan fabric Japanese Cotton bercorak polkadot merah atas permintaan Agnes sendiri.

Pillow cover, 2pcs  polkadot merah (without insert) berukuran 35cm x 35cm, berenda putih di sekeliling cover.
~ sorry, waktu snap pic rupanya masuk separuh

Doily Polkadot Merah, 6pcs berukuran juga 35cm x 35cm berenda yang sama dgn pillow cover

Zuraida, Sabah
~ini merupakan tempahan kali kedua datangnya dari Zuraida
Frame Ribbon bercorak country roses, warna sweet pink. Ukuran panjang ribbonnya 20".

Pillow Cover Cupcake design 2pcs (without insert)
~untuk menjimatkan kos postage ke Sabah, Zuraida menempah cover shj. Kali ini, Sue gunakan pos express

Doily Sweet Pink + Pinky Theme, 3pcs utk setiap satu design












InsyaAllah minggu depan Sue akan letakkan items baru, minggu ini tak sempat lagi. Hanya dapat N3 kan items tempahan customer shj.
Terima kasih kepada yang sudi menempah.

Sayang,
SUE : 013-4907806

Monday, December 13, 2010

Tempahan customer

Zura, Kajang
20pcs Love Shape Pillow , Zura request color pink lembut dan ada manik disekeliling pillow.


Liza, Selangor
2 pasang frame ribbon bercorak country roses ala Elyza, Liza request panjang ribbonnya 12cm. Ini tempahan kali kedua dari Liza.


Anum, Kuala Lumpur (Blogger Anumcottage)
3pcs Hanging Pillow bentuk "sweets" /gula-gula , Anum request color sweet pink. Ini juga tempahan kali kedua dari Anum. 















Items tempahan yang Sue N3 kan hari ini semuanya pink color. Memang stok kain pink sentiasa ada, warna yang selalu menjadi pilihan customer. Tapi kalau ada yang berminat dengan warna lain pun boleh request.

Terima kasih kepada semua yang sudi menempah.

Sayang,
SUE : 013-4907806

Friday, December 3, 2010

Tempahan terbaru

Wanie, Kota Tinggi
Bantal bentuk "LOVE" , dengan wordingnya "SELAMAT PENGANTIN BARU : AISHAH & HADI". Agak besar bantal ni (12" x 12") memandangkan wordingnya yang panjang. Sebagai hadiah dari Wanie untuk sepupunya yang akan melangsungkan perkahwinan Ahad ini. Waktu Sue buat N3, bantal ni telah pun selamat memasuki negeri Johor. Alhamdulillah..

Close up , Wanie meminta warna pink untuk lebih romantik. Sue gunakan kain polkadot pink dgn meletakkan nylon lace di sekeliling bantal. Ribbon juga dari nylon lace + rantaian mutiara. Dihiasi dengan 3kuntum roses sebagai lambang cinta. Semoga pengantin berbahagia selamanya. AMIN..

Esmeda, Masai
Doily hijau berpetak + Doily english rose 6pcs
Rupanya Esmeda ni dulu sekampus denga Sue di UITM, tapi for sure Sue lebih senior (hehehe..)

Kak Ros, JB
Doily English Rose + Doily merah berpetak (6pcs untuk setiap design)












Alhamdulillah, semua tempahan telah dihantar kepada tuannya, baru Sue noticed yang semua tempahan ni datang dari Johor. Terimakasih org Johor beri sokongan...

Sayang,
SUE : 013-4907806
3/12/10

Wednesday, December 1, 2010

tempahan terbaru

Nurul, Ipoh
Frame Ribbon Polkadot Pink (Sue pun suka, sweet je..nak buat jgk utk sendiri)
Hanging Pillow, Nurul minta bentuk "sweets" dan pink color

Zubaidah, Alor Setar
Frame Ribbon kain tebal berbunga roses

Mursyidah, Alor Setar
Hanging Pillow bentuk rectangle.
Mursyidah minta fabric berwarna kombinasi brown + yellow. Saiz pillow besar dari kebiasaan kerana nama yng ditempah lebih panjang.

Najedah, JB
Frame Ribbon bercorak ala Elyza

Jamkhuriyati, Perak
Hanging Pillow bentuk rectangle.
Sebelum ni Jam pernah menempah bentuk "sweets", kali ini Jam beri kebebasan untuk Sue pilih bentuk & warna. Hasilnya, biru untuk hubby & purple untuk hunny. Harap Jam suka.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MENEMPAH.

Sayang,
SUE : 013-4907806